Monday, 24 August 2009
Influenza H1N1
Wabak Selsema Babi atau H1N1 di Malaysia nampaknya kian serius. Setakat ini sudah lebih 60 orang meninggal dunia akibatnya. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) pula menganggarkan lima juta atau 20 peratus rakyat negara ini berisiko dijangkiti virus influenza A (H1N1) jika orang ramai tidak mengambil serius langkah pencegahan bagi menghalang penularannya.
Lantaran itu, marilah sama-sama kita berusaha untuk mencegahnya, bukan hanya kepada diri dan keluarga tetapi persekitaran juga perlu dilihat sebagai faktor penting yang perlu dititiberatkan.
Ketika bertugas di Utara, terpaksa pula berhadapan dengan khalayak ramai, pelbagai golongan usia, dengan tahap kesedaran yang rendah terhadap wabak tersebut, aku mengambil langkah berjaga-jaga menggunakan topeng seperti yang disarankan.
Dalam masa yang sama, air mineral sentiasa menjadi teman dengan disiplin ketat dalam diri untuk tidak membeli sebarang makanan dan minuman yang tidak tentu sumbernya atau di tepi-tepi jalan kerana bimbang tahap kebersihan yang terdedah.
Memang di awal aku bertugas di sini, aku sedikit batuk dan tekak perit. Kebimbangan memang menemani apatah lagi aku boleh dikategorikan antara individu yang mudah dijangkitinya iaitu wanita hamil. Caraku cuma satu, banyakkan minum air mineral, makan kurma dan buah-buahan serta elakkan makanan manis agar batuk yang mengganggu segera sembuh.
Alhamdulillah, ia tak berlarutan tetapi selepas beberapa hari selsema pula yang menjelma, mungkin kerana terkena hujan yang saban hari turun mencurah-curah.
Kebimbangan datang lagi dan sekali lagi aku utamakan kebersihan dan kesihatan lantas selsema cuma sehari saja dan segera sembuh.
Semoga kita semua terhindar dari malapetaka dan kesengsaraan akibat penyakit sedemikian....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ingatlah orang yang tersayang...
Post a Comment