Sunday, 23 August 2009

Syahdu Ramadan

Ramadan datang lagi...
namun suasananya berbeza
kali ini aku di perantauan
demi tugas dan tuntutan kerjaya
jauh dari tawa sendu anak-anak
tanpa suara mesra sanak keluarga
yang ada teman-teman bersama berkongsi suasana
menyambut sederhana atas kesyukuran nikmat-Nya



Syahdunya Ramadan ini...
sepanjang enam tahun bergelar isteri
inilah kali pertama berjauhan di bulan Ramadan...
apatah lagi anak-anak tersayang
aduhai... aku ingin segera kembali

Sayunya rasa hati
Kala berterawih bersama teman-teman
Tanpa sedar airmata menemani
terkenang arwah mak yang telah pergi
betapa pantas masa beredar
kerana di masa lalu
aku berterawih bersebelahan dengannya...
dan kini, Ramadan kedua mak tiada
rindunya aku pada arwah mak...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK...

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers