Pembangunan tidak pernah ada noktah, termasuklah di Kg. Mempelam Alor Setar juga... tempat kelahiran suami yang telah menjadi sebahagian dari kampungku juga. Memang pembangunannya pesat, jauh berbeza jika dibandingkan dengan suasana lima tahun lalu ketika pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini...
Apapun, yang paling gembira sekali apabila mendengar nama kampung ialah Amira... hinggakan tak mahu kembali ke Ibu Kota kerana ligatnya bermain di kampung... anak kota yang hatinya akan tetap bersalut dengan adat dan ciri-ciri kampung serta budaya Melayu – harap abah dan mama!
Keletah Ameer melihat ayam dan itik mengubatkerinduan Tok Wan di usia lanjut...
Lambang 'kampung' bagi Amira... hasil lensa di tangan Amira yang sibuk mengejar ayam dan 'baby chicken' Tok Wan
1 comment:
keh keh..aku dah sampai felda simpang waha...dok makan meals favourite aku- ikan goreng dengan ulam pegaga, nanti aku contact ko biler aku naik kl..
Post a Comment