Indahnya permulaan tahun baharu ini kerana bersamaan dengan 1 Rejab. Kita tahu bahawa setiap permulaan itu adalah peluang untuk kita memperbaharui tekad, memperbaiki diri, dan memperkukuhkan semangat perjuangan untuk meneruskan kehidupan.
Sungguh berbanggalah pada diri sendiri kerana ampuh membelah badai sepanjang tahun lalu... memang benar tak semuanya pahit malah banyak juga yang manis-manis tetapi segala laluan yang telah ditempuh amat mendewasakan diri, mematangkan fikiran lantaran banyaknya hal-hal baharu yang berlaku.
Justeru, untuk kesekian kalian pada tahun baharu ini, dipanjatkan kesyukuran atas segala yang t
elah dilalui pada tahun lalu dan moga dikuatkan hati atas segala liku yang bakal ditempuh bagi perjalanan tahun 2025 hinggalah tiba kepada noktahnya yang terakhir nanti.Untuk diri... kuatlah sentiasa dalam usaha memanfaatkan tiap kesempatan ini untuk memulai tahun baharu, penuhkan semangat dan azam yang kuat, terutama dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.
Aplikasi keazaman dengan penuh iltizam dan tekad untuk menghadapi masa depan yang lebih baik lantas meneruskan perjuangan bagi pengukuhan menjadikan diri insan yang dapat berbakti demi jalan menuju kepada Allah SWT.
Sememangnya tiada yang lain selain kebahagian diri demi untuk masa hadapan keluarga khususnya anak-anak. Diri teguh kerana kalian maka ayuhlah bersama-sama membulatkan tekad untuk terus berusaha dengan gigih dan tanpa lelah, memastikan keampuhan masa hadapan masa depan lebih baik demi agama, bangsa dan negara.
Semoga keberkatan dan keredhaan Allah SWT terus mengiringi kehidupan kita. Sesungguhnya, dengan penuh keikhlasan, kesungguhan, dan kesatuan hati, kita akan mampu menghadapi segala cabaran, sekali gus menjadikan diri lebih baik dari tahun sebelumnya. Atas segala yang terjadi, marilah kita terima sebagai anugerah kerana dalam hidup tidak ada kebetulan kecuali ketentuan dari Ilahi.
Semoga tahun ini membawa kejayaan, keberkatan, dan kebahagiaan.
No comments:
Post a Comment