Selesai alam pra-sekolah yang penuh ceria untuk Amani... seusai baru disedari ruang masa yang panjang terasa singkat. Keberadaannya di Tadika Mentari Indah diisi dengan suana pembelajaran yang bukan hanya berkaitan membaca, menulis dan mengira tetapi juga penerapan kerjasama, saling menghormati dan sifat kebersamaan dalam lingkungan masyarakat pelbagai bangsa.
Hari ini hari graduasi meraikan Amani dan rakan-rakannya yang telah melunaskan alam tadika. Amani berucap mewakili rakan-rakan menghargai kehadiran ibu bapa dan berterima kasih kepada para pendidik di tadika. Laju dia hafal dan membacanya di khalayak tanpa rasa canggung.
Sungguhlah... bina keyakinan dari usia muda, berdepan dengan khalayak tanpa rasa takut, melunas tugas mewakili rakan sekalian dalam ucapan yang penuh makna ... syabas untuk permulaan bagi melangkah ke alam baharu.
Kemudian ada menari pula, dari tarian lagu Tamil, Inggeris dan lagu Melayu retro. Amboi sakan betul la anak dara seorang ni... asyik-asyik dia saja yang naik pentas buat persembahan. Wajah selamba tapi ceria melaksana tugas menghibur khalayak.
Apa-apa segalanya bermula dari sokongan sejak usia muda. Luas dunia akan dapat dilihat bermula dari selangkah ke hadapan pada hari ini... teruslah berjalan & moga maju jaya...
Terima kasih #tadikamentarindah dan juga pada guru-guru yang amat dedikasi...
Satu persatu melewati usia yang sepenuhnya bersandar pada mama abah dan tanpa sedar kebergantungan semakin terlerai lantas kelak kan dapat membuat keputusan sendiri... justeru letaklah akal berteras iman dengan paksi kepada Allah SWT yang esa. Moga baik-baik sentiasa.
No comments:
Post a Comment