Saturday 27 October 2012

Aidiladha di Kg. Mempelam


Sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini amat berbeza dengan diraikan dalam pelaksanaan korban dalam adik-beradik Mr.Hubby. Indahnya silaturrahim yang terjalin apabila sembilan beradik lengkap bersama keluarga masing-masing dalam merealisasikan ibadah korban. Lebih bermakna apabila pelaksanaanya juga berlangsung bersama-sama yang bermula dari persiapan kenduri, penyembelihan, melapah, memasak dan makan...

Sememangnya telah lama tersimpan hajat Mr.Hubby untuk melakukan ibadah korban bersama-sama, apatah lagi dalam keuzuran pak mertua maka tentunya ia lebih membahagiakan apabila dapat bersama semua anak cucunya.

Juadah juga tersedia pelbagai menu, dengan laksa, mee goreng, nasi berlaukkan sup tulang, daging masak kicap dan sayur-sayuran. Acara gotong-royong bermula awal pagi dengan penyembelihan dilaksana seusai solat hari raya. Sesudah Asar, majlis doa selamat dan tahlil dibuat yang seterusnya menyusul hingga ke lewat petang.

Semoga jalinan indah silaturrahim akan terus terpatri rapi yang secara tidak langsung menunjukkan permuafakatan dalam keluarga besar kami.  




  














No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers