Selesai alam pra-sekolah yang penuh ceria untuk Amani... seusai baru disedari ruang masa yang panjang terasa singkat. Keberadaannya di Tadika Mentari Indah diisi dengan suana pembelajaran yang bukan hanya berkaitan membaca, menulis dan mengira tetapi juga penerapan kerjasama, saling menghormati dan sifat kebersamaan dalam lingkungan masyarakat pelbagai bangsa.
Hari ini hari graduasi meraikan Amani dan rakan-rakannya yang telah melunaskan alam tadika. Amani berucap mewakili rakan-rakan menghargai kehadiran ibu bapa dan berterima kasih kepada para pendidik di tadika. Laju dia hafal dan membacanya di khalayak tanpa rasa canggung.