Wednesday, 22 August 2018

Aidiladha 1439H

Aidiladha yang amat berlainan dari tahun-tahun sebelumnya. Jika empat tahun berturut-turut kebelakangan sebelum ini kami raikan dengan melaksanakan ibadah korban bersama adik-beradik Mr Hubby maka kali ini tidak sedemikian. Kami tidak pulang ke kampung, kami tidak berkumpul bersama adik-beradik Mr Hubby, kami tidak lakukan ibadah korbah beramai-ramai.... Cuba dibaca apa yang tersimpul dalam sanubarinya, ya... ada rasa tercalar namun cuba dipendam. Kejauhan yang menjarakkan namun penuh dengan kenangan...

Pagi Aidiladha kami di rumah sendiri. Makan lemang dan ketupat segera berserta rendang ayam. Anak-anak yang ramai memang menceriakan saat hati terasa dipagut pelbagai kenangan lalu. Tengahari baru kami keluar dari rumah. Pusara mak dan bapak menjadi destinasi bersama. Kerinduan yang menyesakkan, penuh kesyahduan.  

Aidiladha pertama tanpa bapak... betapa terasa kekosongan saat mengimbau kenangan dalam bacaan Al-Fatihah dan surah Yassin. Semoga diringankan Ilahi atas keberadaan mak dan bapak di alam barzakh. 

Kami terus ke Harmonis... berhari raya di sana... Ada Syafik dan Arif ... kemudian dikunjungi Zura, Pudin dan Ria berkeluarga yang menjadikan keadaan terus gamat. 

Selepas Asar kami ke rumah abang Kamal. Lamanya tak bersua dengan dia... walaupun nampak ceria tapi keadaannya seakan melarat dengan kaki yang bengkak kerana gout. Kasihan abang Kamal tapi nak buat macam mana jika itu pilihannya sendiri kan.... 

Selepas maghrib barulah kami ke Padang Balang, berkumpul di rumah abang Bullah, ke rumah Eda dan ke rumah kak Yeye. Terasa keakraban yang semakin erat dalam hubungan kekeluargaan antara kami. Semoga terus kukuh dalam ikatan yang terjalin.  






No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers