Mr Hubby dan tanam-tanaman memang tak boleh dipisahkan. Sejak berkahwin hinggalah hari ini memang rutinnya pada tanaman tak pernah berhenti. Kali ini tanaman herba di belakang rumah ditambah dengan sayur-sayuran. Bermula dari tanaman cili, kesum, pandan, pudina, kari, kunyit, halia, limau purut, cekur dan serai kemudian bertambah kepada ulam raja, bendi, kangkung.
Tiap pagi, buka pintu belakang, semaian tanaman diamanati, disirami dan dibajai. Buka pintu hadapan dengan tanaman hiasan laman pula. Menjadi tangan Mr Hubby bercucuk tanam sedangkan aku tidak pernah pula mahu mencubanya.
Ini dengan ruang yang terhad, hanya di tanam di dalam pasu, dalam poly-bag dan dalam kotak polisterin. Asalkan mahu semua perkara boleh dibuat....
No comments:
Post a Comment