Bagi Amira perbezaan yang sangat ketara antara sekolah rendah dan sekolah menengah apatah lagi sekitar 70 peratus pelajar di sekolah terbabit adalah berbangsa asing yang majoritinya Cina selain India dan lain-lain bangsa. Dalam kelas Amira yang melebihi 40 orang pun hanya ada sembilan orang Melayu. Hurm... satu persaingan yang berat buat Amira dan dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
Untuk Ameer pula, pertama kali bersekolah kebangsaan pada sesi pagi, itu bukan satu masalah besar buat dirinya. Dia mudah dikejutkan dan sentiasa bersemangat untuk bersekolah, bertemu rakan-rakannya dan bersama guru-guru. Pada hari pertama persolahan dia sudah menanamkan keazaman untuk belajar bersungguh-sungguh dan mahu menjejaki kakaknya yang sentiasa berada di kelas teratas. Ameer memang selalu positif. Dengan sikapnya yang mudah mesra, keletah, mudah bercerita maka tentunya dia amat mudah menyesuaikan diri dengan keadaan sekitar. Biarpun di sebelah petang bersekolah kafa, namun dia amat menyenanginya lantaran akan lebih awal berada di rumah dan dapat bermain di luar.
Bagi Nina, dia suka bersekolah sesia yang sama dengan kakak berbanding abangnya. Katanya abang selalu mengusik dan banyak cakap berbanding kakak. Nina memang cerewet dan lebih kemas berbanding Ameer, jadi apa-apa perkara dia terlalu detail sehinggakan barangan alat tulis pun satu-satu dikiranya.
No comments:
Post a Comment