Monday, 11 April 2016

Selamat Hari Lahir ke-40

Selamat menyambut hari lahir ke-40 untuk Mr Hubby. Kata-kata life begins at 40, maka inilah permulaannya.  Semoga dengan pertambahan usia yang memulakan fasa baru dalam kehidupan maka akan cemerlang hendaknya dalam apa-apa jua yang diimpikan. Bercita-cita, menaruh harapan dan memasang impian untuk hari-hari mendatang adalah lumrah dalam kehidupan namun pengisian untuk cita-cita, harapan dan impian itulah yang perlu diambil kira. Apa pun yang dilakukan, letakkanlah keluarga jadi keutamaan - demi Amira, untuk Ameer, pada Afrina dan kerana Ammar, itulah matlamat keluarga kita hari ini. Ikatan kasih abadi...

Anak-anak mahukan sesuatu yang lain untuk meraikan ulang tahun Mr Hubby. Amira minta kejutan dibuat untuk abah. Ameer dan Nina lebih teruja untuk sebiji kek dan lilin. Maka aku ikutkan sahaja dan kami membeli kek berserta empat biji lilin. Untuk keluarga, permintaan akan tetap ditunaikan selagi terdaya. Ringkas sahaja, dengan sebiji kek sebagai tanda meraikan genapnya usia 40 tahun. Selamat hari lahir abah.... Alhamdulillah!





No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers