Saturday, 20 June 2015

Ramadan Bersama Keluarga


Ramadan telah tiga hari berlalu. Hujung minggi ini kami berkesempatan berkumpul di rumah, walaupun tidak lengkap semua adik-beradik dan ahli keluarga bersama namun yang ada ini juga sudah memadai. Kali ini aku lebih banyak berbuka puasa di rumah sendiri memandangkan bapak ada bersama-sama aku. Ramadan ketiga ini keluarga abang Hakim, abang Bullah, dan Zura berkumpul di sini.

Tuesday, 9 June 2015

Percutian di Langkawi


Cuti persekolahan datang lagi, kali ini percutian kami sekeluarga adalah ke Langkawi sebagaimana yang telah direncana Mr Hubby. Kami pulang ke kampung dua hari lebih awal dari tarikh untuk ke Langkawi. Kemudiannya kami berkumpul di Jeti Kuala Kedah bersama-sama rakan-rakan sekolah Mr Hubby. Sememangnya perancangan Mr Hubby dan rakan-rakan sekolahnya telah dibuat sejak setahun yang lalu. Bukan sahaja tarikh malah duit pun dikumpul secara ansuran agar tidak terbeban kepada mana-mana ahli keluarga. Percutian selama tiga hari dua malam berlangsung lancar biarpun padat. Ini ditambah pula dengan pakej yang menarik, sebuah bas dan pemandu pelancong melengkapkan percutian kami seramai hampir 30 orang.

Saturday, 6 June 2015

Pak dah makin uzur...


Pak... bapa mertua yang menghuni tanah kelahiran di Kg Mempelam semakin uzur. Sejak bulan April lalu pak dah terbaring ekoran kesihatan yang semakin menyusut. Beberapa hari di hospital kemudiannya kembali ke rumah dengan keadaan yang tidak berubah. Barangkali usia pak yang telah lanjut menjadi penyebab dengan kesakitan di saraf dan sendi-sendi akibat gout.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers