Wednesday, 6 May 2015
Syukur Atas Anugerah-Mu
Apakah anugerah terbesar yang kita impikan dalam kehidupan? Tentunya satu kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya kerana impian bertahun-tahun menjadi realiti. Rupanya kelainan pada diri yang aku rasai sejak beberapa minggu yang lalu ada maknaya. Rupanya rasa tak sihat dan sekejap nak demam sekejap kebah semasa di Rompin sebelum ini adalah petanda. Alhamdulillah. Dalam usia lewat 30-an masih terlalu banyak kurnia-Mu kepadaku. Allah memperkenankan impianku dalam keadaan aku pasrah dengan ketentuan-Nya. Betapa hebatnya Dia yang menyempurnakan cita-citaku untuk menambah bilangan ahli keluarga dalam keadaan aku sibuk dengan kerjaya dan pelajaran yang masih berbaki.
Khabar gembira ini tentunya aku kongsikan dengan Mr Hubby yang amat-amat memahami. Tidak pernah mendesak dan tidak pernah pula menghalang. Dia bersifat terbuka kerana katanya bergantung kepada aku sendiri untuk menguruskan apa-apa sahaja yang aku mahukan. Anak-anak pula amat teruja menerima perkhabaran ini. Amira, Ameer dan Afrina seakan tidak sabar untuk memiliki adik baru apatah lagi ahli keluarga abang Hakim juga dah bertambah. Alhamdulillah, syukur pada-Mu Ya Ilahi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment