Monday, 11 May 2015
Tokoh Melayu Terbilang 2015, Pencetus Semangat Untuk Berkorban Apa Saja
Tugasan yang penting, dalam masa yang sangat suntuk dan ruang yang amat terhad, namun syukur kerana team gerak kerja amat profesional dan dapat melunaskan tanggungjawab. Hanya dalam tempoh tiga hari, dua tokoh utama di dua tempat berbeza perlu diwawancara dengan dua video klip eksklusif yang perlu siap. Fuhhh... kita gunakan apa-apa sahaja yang ada, setakat mana yang mampu tetapi laksanakan dengan yang terbaik biarpun terpaksa bertugas hujung minggu dari awal pagi hingga ke lewat senja. Masing-masing tidak mengeluh, juga tiada sesekali perbalahan berlaku.
Saturday, 9 May 2015
Hari Ibu 2015 Berbunga-bunga
Hari Ibu 2015. Hati dipagut rasa pilu dan syahdu dengan sambutan yang dibuat secara mengejut oleh anak-anak, hasil kerjasama dengan Mr. Hubby. Dalam kesibukan aku terpaksa bertugas hujung minggu demi tugasan yang perlu siap bersempana Hari UMNO, dalam lelah sepulang aku ke rumah aku dikeutkan dengan sejambak mawar merah digubah indah dan seikat mawar tiga kuntum. Ada terselit kad yang membuatkan hati semakin rasa mekar.
Wednesday, 6 May 2015
Syukur Atas Anugerah-Mu
Apakah anugerah terbesar yang kita impikan dalam kehidupan? Tentunya satu kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya kerana impian bertahun-tahun menjadi realiti. Rupanya kelainan pada diri yang aku rasai sejak beberapa minggu yang lalu ada maknaya. Rupanya rasa tak sihat dan sekejap nak demam sekejap kebah semasa di Rompin sebelum ini adalah petanda. Alhamdulillah. Dalam usia lewat 30-an masih terlalu banyak kurnia-Mu kepadaku. Allah memperkenankan impianku dalam keadaan aku pasrah dengan ketentuan-Nya. Betapa hebatnya Dia yang menyempurnakan cita-citaku untuk menambah bilangan ahli keluarga dalam keadaan aku sibuk dengan kerjaya dan pelajaran yang masih berbaki.
Subscribe to:
Posts (Atom)