
Satu persatu ditanyanya sedang malam sudah melewati tengah malam. Mana abah...kenapa tak balik lagi. Mungkin hatinya terasa risau. Kemudian dia bertanyakan Angah juga yang jauh di Kota London... sememangnya Ameer akrab dengan Angah malah ingin mengikut jejak Angah belajar di sana. Mr. Hubby lewat pulang ke rumah tapi kemudian segera mengambil tugas menjaga Ameer sedang aku pula sudah seakan mamai lantaran tidak tidur langsung... Terima kasih Mr Hubby bergilir menjaga Ameer maka dapatlah aku berehat seketika. Takut juga jika kurang tidur kerana pastinya tekanan darah rendahku akan bertandang... aku tak mahu melalui kesakitannya, pitam dan langsung tak bermaya sebagaimana yang pernah dialami.
Mr Hubby menjaga Ameer hingga ke subuh. Ameer minta air milo, minta air masak... maka dilayannya oleh Mr Hubby. Kemudian Mr Hubby mandikan Ameer dengan daun bunga melur. Katanya arwah mak dulu buat macam itu, daun bunga melur dapat sejukkan demam panas. Kebetulannya memang Mr Hubby yang tanam di laman rumah... ada juga gunanya. Dan kemudian...demam Ameer tak berpanjangan.... Celotehnya berterusan, katanya bila dia sakit kakak tak marah-marah dia, kakak sayang dia, kakak selimutkan dia, kakak jaga dia dan macam-macam lagi.
No comments:
Post a Comment