Apa yang lebih penting dalam kehidupan selain anugerah
kesihatan dan kesejahteraan sepanjang usia 36 tahun ini. Alhamdulillah,
kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya atas segala rahmat yang ada. Pengisian usia
matang ini sememangnya amat penting dengan kewarasan fikiran melalui pelbagai
cabaran hidup. Jika ada rasa getir dan payah berdepan dugaan maka ianya menjadi
mudah dengan sokongan Mr. Hubby, keluarga dan rakan-rakan yang sangat memahami.
Redha atas segala
yang terbentang dihadapan memudahkan perjalanan hidup. Tiada yang sempurna
namun tiada pernah rasa kekosongan. Setiap kekurangan diisi dengan nilai impian
untuk penambahbaikan dan kemajuan berterusan. Kelansungan usia yang seterusnya,
insya-Allah… ada pengisian untuk yang seterusnya dan semoga kesejahteraan di
dunia dan akhirat terpatri abadi. Allahuakhbar!!!
lunch ngan Mr. Hubby |
No comments:
Post a Comment