Sambutan Hari
Raya Aidiladha kali ini amat berbeza dengan diraikan dalam pelaksanaan korban
dalam adik-beradik Mr.Hubby. Indahnya silaturrahim yang terjalin apabila
sembilan beradik lengkap bersama keluarga masing-masing dalam merealisasikan
ibadah korban. Lebih bermakna apabila pelaksanaanya juga berlangsung
bersama-sama yang bermula dari persiapan kenduri, penyembelihan, melapah,
memasak dan makan...
Saturday, 27 October 2012
Tuesday, 9 October 2012
Pertemuan SKLJ Selepas 23 Tahun
Alam sekolah rendah sudah terlalu lama aku tinggalkan. Sudah
lebih 23 tahun berlalu sesi pertama pelajar di Sekolah Kebangsaan Lembah Jaya
(SKLJ). Dalam kesempatan ini, aku dihubungi melalui laman sosial untuk
pertemuan kembali di arena permainan suatu ketika dulu yang kini telah berubah
wajah. Bertempat di Satay Station, Ampang yang dulunya kami kenali sebagai Kampung
Tengah, maka pertemuan diatur pada petang Sabtu, 6 Oktober.
Indahnya mengimbas kenangan di alam persekolahan
sedangkan ketika ini rakan-rakan yang ada sudah pun beranak-pinak dan menjalani
kehidupan yang pelbagai dengan kerjaya berbeza.
Wednesday, 3 October 2012
Pembukaan Cawangan Baru GJC Mr. Hubby
Hari yang ditunggu tiba jua... Perasmian cawangan baru Gloria Jean's Coffees di bawah seliaan Simfoni Segar Sdn Bhd. Disangka ini yang kedua tapi rupanya, rezeki dari Allah SWT melimpah-ruah... Inilah yang ketiga selepas proses ambil alih GJC di Dataran Maybank, Bangsar berlangsung lancar mulai 1 Oktober lalu.
Syukur Ya Allah... Tanpa restu-Mu laluan Mr. Hubby tidak akan dipermudahkan, biarpun ternyata banyak rintangan yang dilalui.
Subscribe to:
Posts (Atom)