pandangan Kota Medan dari bilik penginapan Hotel JW Marriot |
Motor bergelandangan bersama debu-debu berterbangan
Ada penghuninya pelbagai lapis
Dari yang minta sedekah dijalanan
Hinggalah yang berkereta cermin hitam
Kota Medan yang segan
Di dadamu ada keresahan
Tampak beku dihimpit gelisah
Sendu pada wajah-wajah penghuninya
Mencari sesuap nasi
Panas hujan tiada terasa
Lelah dikesampingkan
Hasrat hati pada kebahagiaan
Mahukan kesejahteraan