Saturday, 30 April 2011

Andainya aku suri rumah…

Kakak bersama air milo kegemaran

Aduhaiiii… lelah rasanya melayan kerenah putera puteri yang sememangnya amat menuntut kesabaran. Inilah yang dituntut oleh seorang ibu berkerjaya dan dalam masa yang sama bergelar pelajar, ditambah lagi dengan kehilangan pembantu rumah di kala keadaan amat gawat.
Setiap masa aku hanya mampu beristigfar ekoran kerenah anak-anak yang menguji kelembutan dan kewarasan seorang insan. Perancangan awal aku hanya mengambil cuti untuk menghadapi peperiksaan selama tiga hari sahaja tetapi kemudiannya berlangsung hingga hampir dua minggu demi anak-anak.

Aku agihkan masa antara tugasan kuliah, mengulangkaji nota-nota selain adanya tugas rasmi dari big boss yang ‘rindukan’ hasil tangan aku. Tugasan rumahtangga pula aku perlu lunaskan dari mengasuh anak-anak, memasak, mengemas dan membasuh. Dengan anak-anak kecil yang aktif dan keletah tentunya mulutku tiada pernah tertutup lantaran suara-suara ‘emas’ yang seringkali terlontar selain kerja-kerja mengemas yang perlu aku ulang berkali-kali dalam sehari.

Bagaimana untukku luangkan demi diri sendiri dan tuntutan sebagai pelajar sedangkan ada sahaja permintaan anak-anak yang perlu aku langsaikan. Baru duduk sebentar, yang sulung meminta menu kegemaran, bersiap untuk ke tadika dan sebelah petang bersiap untuk ke kelas kafa; seusai itu si abang pula mahukan layanan, meminta itu ini serta bersantai bersama dengan alat-alat permainannya dan kemudiannya si puteri bongsu meminta susu dan belaian di atas riba.

Dalam waktu ini, terfikir di benakku, andainya aku seorang suri rumah.…

peralatan dapur menjadi antara mainan si abang dan adik


imaginasi adik yang gemar menggunakan alatan dapur sebagai mainan


Aktiviti harian si abang yang menganggap dirinya semakin tinggi...



Mengeluh panjang akhirnya apabila tirai boleh jadi begini kerana si abang yang menjadi 'tarzan'

2 comments:

ummiLIN said...

Lin suka jadi surirumah walaupun tahu penatnya melebihi daripada tugasan di pejabat. Tapi, keadaan tak mengizinkan untuk berbuat demikian...

Semoga suatu hari, impian akan tercapai.. Oh, En. Suami... bila ya saya boleh pencen. Ekekeke...

airikamalek said...

btul la ummi, lelah di rumah penuh dengan kepuasan apatah lagi dapat melihat anak-anak sepenuh masa.... Insyaallah, suatu hari nanti kita akan bergelar suri rumah....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers