Selepas 10 hari di luar Ibu Kota kerana PRK Kerdau, aku kembali ke rumah. Gembira berkumpul semula dengan anak-anak dan keluarga tersayang namun kemudian rasa gelisah yang dipendam terhampar juga. Hati gundah bimbangkan anak-anak yang barangkali tidak sempurna pengurusannya berikutan tanpa pembantu.
Akulah wanita berkerjaya yang terperangkap dalam dilema. Pembantu rumah yang rajin telah kembali ke kampung halamannya sejak 18 Februari lalu. Janjinya akan kembali ke sini dan meneruskan tugas mengasuh anak-anakku namun sehingga ke hari ini tiada sebarang perkhabaran. Kecewanya hati mengenangkan nasib anak-anakku yang barangkali akan kembali kembali ke pusat asuhan kanak-kanak.
Aduhai… apakah pilihan yang aku ada. Tambahan pula aku masih bergelar seorang pelajar. Bagaimana mungkin aku langsaikan semua kepayahan dalam rungkaian keharuan, apatah lagi ia membabitkan anak-anakku….
Pada-Mu Tuhan aku pohon agar dipermudahkan saat sukar ini. Mohon yang teramat sangat….
No comments:
Post a Comment