Wednesday, 23 February 2011

Nostalgia Sudirman Hj Arshad Pembakar Semangat


Tarikh 22 Februari, melalui rutin saban pagi memandu dalam kesesakan lalu lintas sambil mendengar putaran radio hot fm hari ini agak berbeza dengan hari-hari lainnya. Tidak terasa kebosanan atau lelah bersandar di tempat duduk, sedang kaki bersilih ganti antara pedal minyak dan gear ekoran isu yang diutarakan ialah imbasan bersama Allahyarham Sudirman.

Persoalan yang diutarakan ialah apakah kenangan atau nostalgia bersama/berkaitan Allahyarham seniman agung ini?

Kemudian aku tersorot dalam nostalgia berkaitan beliau, kerana aku juga terdorong dalam arena penulisan adalah kerana beliau. Aku mengagumi bakat yang ada padanya, lagu-lagunya menjadi pujaanku dan telatahnya sentiasa menghiburkan.
Tahun 1992, selepas beliau kembali ke rahmatullah, sebagai mengenang dan mengingati penglibatan beliau akhbar Berita Harian telah menganjurkan satu pertandingan menulis esei.

Kebetulannya, abangku adalah pelanggan utama akhbar tersebut yang tentunya aku turut baca biarpun ketika itu usia aku menjangkau 14 tahun, terlalu keanak-anakan dan aku adalah antara insan yang turut serta menulis berkaitan bakat Allahyarham. Dengan tulisan tangan di atas kertas kajang rupanya aku adalah antara pemenang pertndingan tersebut.

Biarpun aku tidak mendapat tempat utama dan hanya mendapat saguhati saja, tapi aku amat berpuas hati apatah lagi nama aku antara yang tersenarai di dada akhbar sedangkan ketika itu aku baru di tingkatan dua. Rasa bangga berbunga di hati, syukur dan gembira lantas ketika itu aku tanamkan azam untuk terus menulis dan menulis.

Tambah gembira apabila hadiah saguhatinya aku perolehi iaitu kaset kompilasi terbaru lagu-lagu popular Allahyarham dan sehelai t-shirt gambar wajah Allahyarham. T-shirt tersebut menjadi baju kesayangan yang sering dipakai sehinggakan arwah mak selalu kata akupakai baju orang mati. 

Memang Allahyarham telah tiada tetapi semangatnya tetap menyubur bersama anak bangsa. Bersemadilah Allahyarham Sudirman Haji Arshad (25 Mei 1954-22 Februari 1992). Al-Fatihah.

2 comments:

ummiLIN said...

Ada lagi x simpan hadiah2 tu kak?

airikamalek said...

hehe...baju dh lunyai dek kerana terlalu kerap tersarung di badan,kaset pula sudah langsung tiada...itu kisah 20 tahun lalu, yg ada hingga kini hanya keratan secebis kertas tertulis nama akak & alamat ketika itu...apa pun, kenangan sudah memadai...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers