Kak long yang pada mulanya tidak mahu bermalam berkejaran ke sana sini
Tiada apa yang dapat digambarkan kegembiraan selain daripada kebahagiaan dalam sebuah keluarga. Bukan harta atau wang berjuta walaupun tidak dinafikan bahawa ia sangat dituntut dalam melengkapkan perjalanan kehidupan....
Kesempatan berkunjung ke kampung seorang sahabat di Sungai Siput sangat terkesan di hati. Keindahan alam semulajadi masih terpelihara dengan sejuk dinihari menakluk hingga ke tulang. Berkunjung tanpa direncana, ingatkan hanya singgah sebentar cuma tetapi akhirnya bertamu hingga tidak terasa jemu.
Lengkap sebuah keluarga apabila disirami kasih sayang dan rasa saling menghormati, sungguh terasa sebak di dada berdepan opah yang uzur. Pada wajah terbayang arwah bonda yang telah hampir tiga tahun bersemadi. Melihat tua wajah opah tergambar kelembutan arwah bonda. Pandangan mata opah mengingatkan pada bonda. Seringkali aku larikan pandangan mata kerana enggan bertentang mata dengan opah, seakan menjerit di kalbu suara kerinduan teramat sangat pada arwah bonda... Kasih sayang pada opah tergambar pada keseluruhan keluarga, tanpa keluhan, tanpa wajah gelisah, layanan diberikan seikhlas rasa kasih. Rindu hati tidak terbendung pada arwah bonda. Sesungguhnya berbahagialah pada semua anak-anak yang masih dapat berdamping dan menerima belai kasih bondanya dalam usia yang dewasa, sedang aku mengirim doa mohon agar arwah bonda ditempatkan bersama-sama insan beriman di sisi-Nya. Al-Fatihah.
Mak su yang sangat keletah dengan tuturnya penuh kematangan
kenakalan terserlah...
1 comment:
Kasih sayang tidak dapat dinilai tapi dapat dirasa. kasih pada semua... bukan pada keluarga semata tapi kepada Pencipta, saudara, sahabat, alam dan sekalian makhluk di muka bumi ini...
semoga tidak serik bertandang ke teratak kami yang jauh daripada kota... :)
Post a Comment