Wednesday, 22 December 2010

Akrab dan rapat Sg Siput di kalbu...


Kak long yang pada mulanya tidak mahu bermalam berkejaran ke sana sini

Tiada apa yang dapat digambarkan kegembiraan selain daripada kebahagiaan dalam sebuah keluarga. Bukan harta atau wang berjuta walaupun tidak dinafikan bahawa ia sangat dituntut dalam melengkapkan perjalanan kehidupan....

Kesempatan berkunjung ke kampung seorang sahabat di Sungai Siput sangat terkesan di hati. Keindahan alam semulajadi masih terpelihara dengan sejuk dinihari menakluk hingga ke tulang. Berkunjung tanpa direncana, ingatkan hanya singgah sebentar cuma tetapi akhirnya bertamu hingga tidak terasa jemu.

Masa


Masa berlalu dengan pantas, sedar tak sedar sudah sampai ke hujung tahun 2010, sementara bulan Hijrah sudah pun bertukar dua minggu lalu.
Alhamdulillah, perjalanan hidup berlangsung dengan mudah dan tenang biarpun sesekali ada ria-riak kecil di permukaan... cabaran dalam kehidupan.
Result exam untuk semestar pertama telah aku peroleh. Sungguh, debarannya ketika aku melangkah untuk mendapatkan keputusan melampaui zaman persekolahan ketika aku mahu ambil keputusan SRP, SPM waima STPM sekalipun.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers