Wednesday, 24 November 2010

After Exam

Semester 1 untuk pengajian aku dh berjaya ditempuh dengan exam kertas terakhir semalam.... Rasanya entahlah, bagaimana mampu nak dikarangkan jawapan yang terbaik sedangkan apa yang aku lakukan bukanlah yang seharusnya dibuat oleh seorang bergelar pelajar. Aku sibuk berkejar ke sini dan ke sana, pelbagai perkara perlu aku lakukan dan kemudian aku berharap pada satu keajaiban pula untuk menjelma pada keputusan peperiksaanku. Tunggulah nanti kerana sedaya upaya aku penuhkan juga kertas jawapan peperiksaan.

Dan kemudian perancanganku selepas bercuti lebih seminggu dari kerja, tentunya telah ada sesuatu yang menanti dihadapanku. Aku juga ada perancangan sendiri yang aku akan laksanakan bagi memastikan diriku tidak tenggelam atau terus hilang....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers