Satu kesempatan yang tidak pernah tergambar, dalam tugasan
aku berpeluang menyertai kumpulan rakan sekerja menemuramah negarawan ulung Tun
Dr. Mahathir Mohamad. Lebih istimewa pertemuan ini berlangsung di pejabatnya, tingkat
86, Menara Kuala Lumpur sesuai dengan jawatannya selaku penasihat Petronas.
Dalam debar hati berbunga, rasa kagum yang selama ini bersemi di hati semakin
mekar berdepan dengannya.
Pejabatnya amat teratur dengan latar perabot berwarna hijau,
barangkali selaras dengan tema Petronas. Sementara di belakang tempat duduknya
tersergam kukuh menara KLCC yang kedua. Di atas mejanya pula penuh dengan
pelbagai dokumen, juga ada naskah al-quran. Dinding-dindingnya dihiasi pelbagai
lukisan. Dalam usia melebihi 80 tahun Tun dapat melihat impiannya menjadi nyata
biarpun beliau berkali-kali menyatakan gagal kerana tidak boleh mengubah cara
pemikiran bangsa Melayu…. Benarkah gagal Tun?
Berdepan dengannya membuatkan aku terpaku, menatap wajahnya,
mengira garisan-garisan halus yang melingkar dan rakusnya mataku menjamah
kedut-kedut yang tidak terkira. Jernih, rapi, kemas… dan masih amat kacak...
hahaha… aku terlalu amat beruntung dapat mendengar sendiri keluh kesahnya
tentang untung nasib bangsa Melayu. Inilah tokoh yang sedari kecil aku dengar
namanya, lantas aku sisip tiap dasarnya dan kemudian aku sebati membesar dalam
lenggok lonjakan pembangunan ini. Inilah tokoh Melayu Terlinag yang sebenar.... Semoga terus Tun Dr. Mahathir dikurnikan
kesihatan dan kesejahteraan.
No comments:
Post a Comment