Monday, 31 May 2010

Ungkapan Jiwa

Kehidupan,... beginilah realiti sebuah perjalanan yang penuh dengan rintangan. Hati sentiasa mendambakan sebuah kesejahteraan dan kebahagiaan yang abadi hingga ke akhir hayat. Namun naluri pula seringkali berada dalam ketakutan pada sebuah fantasi yang akan mengganggu kemurnian mimpi.

Lantaran diri tetap tidak berubah. Walaupun berbagai rintangan yang menghalang suatu ketika dahulu semuanya dapat ditepis dan diketepikan tetapi mengapa seringkali ada sahaja gangguan hinggakan hati remuk redang, tidak tahu apa yang akan dilakukan.


Seperti kipas yang sedang berputar, fikiran juga berpusing ligat. Enggan lagi berkira-kira dan menimbang-nimbang. Langkah awal yang harus diambil untuk mengembalikan suasana telah direncana sebaik mungkin.

Kesyukuran atas segala perubahan ke arah yang terbaik... Insya-Allah cita cita yang diimpikan akan terzahir....

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers