Tuesday, 15 December 2009
Ulang Tahun ke-6
Tanpa sedar masa datang dan berlalu pergi bersama kenangan demi kenangan.... Sesungguhnya tarikh 12 Disember tetap kan terpahat dalam ingatan; tanda terpatrinya aku sebagai isteri apabila ijab dan kabul sah dilafaz. Enam tahun lalu bertempat di masjid As-syakirin, Gombak impian menjadi nyata apabila ikatan kasih untuk bersatu dalam alam rumahtangga setelah hampir tiga tahun mengayam impian menjadi realiti.
Alhamdulillah, sepanjang usia enam tahun bahtera rumahtangga ini berada di pelayaran, gelombang mendatang sambil sesekali disusuri angin kencang dapat direntas; lantas kesyukuran dipanjatkan kerana tiada pernah terbakar keimanan antara kami atau ada ribut taufan yang gagal diharungi.
Sesungguhnya, inilah anugerah Ilahi yang membekalkan kewarasan akal fikiran dalam tuntutan kesabaran serta redha dengan apa yang mendatang; biarpun pelayaran masih panjang tetapi perkongsian dalam segala kepayahan bukan sahaja kesenangan mengajar erti kematangan.
Ikatan kasih semakin kukuh dengan kehadiran sepasang cahaya mata di samping bakal orang baru yang akan menjengah dunia awal dua bulan lagi....
Semoga hamparan kasih, lautan rindu antara kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan anak-anak menjadi penyambung jalinan cinta yang termetrai....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
alhamdulillah...hepi anniversary for both of u..semoga dgn kehadiran baby baru nx year akan menguatkan lagi ikatan ini agar berpanjangan hingga ke akhir hayat...Aminn :)
alhmdulillah & terima ksih...selamat menyambut ulang tahun ke-2 juga yer
Post a Comment