Monday, 28 April 2025

Ars Nova Music Centre Student Recital 2025 Assessment


Sentiasa berbangga dengan apa-apa yang anak-anak lakukan kerana semuanya adalah berbekalkan kepada usaha. Tiada kejayaan tanpa usaha malah untuk meraih mimpi menjadi realiti bermula dengan langkah kecil hari ini. 

Bermula dari Amira mengikuti kelas piano yang kemudiannya kandas apabila memasuki sekolah berasrama lantaran memenuhi tuntutan semasa dari mama dan abah - memadam minatnya barangkali - kemudian Ameer yang tidak menunjukkan keupayaan tapi disambung oleh keterujaan Afrina dan Ammar. 

Wednesday, 26 February 2025

Kehilangan... Abang Maili Berpulang Dijemput Ilahi

Pagi sekitar pukul 4.20 dihubungi memaklumkan yang abang Maili berada dalam keadaan tenat... dan kemudian menjelang subuh Allah SWT menjemputnya kembali. Usailah kisahnya di dunia yang fana. Terkesan hati lantaran baru tiga hari lalu menziarahinya, wajahnya jernih dan nampak bertenaga malah kami berbual canda tawa dan makan bersama. Sempat juga memotong kuku abang, berpegangan tangan dan saling mengimbas kisah lalu. Rupanya itulah pertemuan terakhir kami ...  

Sunday, 9 February 2025

Meraikan Anugerah Terindah


"Sekiranya anda memohon sesuatu dari Tuhan, berbahagialah jika yang dikirimkan bukan wang, harta dan kekayaan namun sesuatu yang tak pernah terjangka dek akal... "

Demikianlah kisah kami yang sesungguhnya mendepani keadaan dalam ruang yang tak pernah terfikir. Betapa dalam usia melepasi pertengahan 40-an menerima anugerah tak terjangka sebagai satu amanah. Allahuakhbar... betapa sesungguhnya kita hanya merancang sedangkan Allah juga penentu segalanya. 

Saturday, 18 January 2025

Hari Graduasi Amani


Selesai alam pra-sekolah yang penuh ceria untuk Amani... seusai baru disedari ruang masa yang panjang terasa singkat. Keberadaannya di Tadika Mentari Indah diisi dengan suana pembelajaran yang bukan hanya berkaitan membaca, menulis dan mengira tetapi juga penerapan kerjasama, saling menghormati dan sifat kebersamaan dalam lingkungan masyarakat pelbagai bangsa. 

Hari ini hari graduasi meraikan Amani dan rakan-rakannya yang telah melunaskan alam tadika. Amani berucap mewakili rakan-rakan menghargai kehadiran ibu bapa dan berterima kasih kepada para pendidik di tadika. Laju dia hafal dan membacanya di khalayak tanpa rasa canggung. 

Wednesday, 1 January 2025

Selamat Tahun Baharu 2025

Indahnya permulaan tahun baharu ini kerana bersamaan dengan 1 Rejab. Kita tahu bahawa setiap permulaan itu adalah peluang untuk kita memperbaharui tekad, memperbaiki diri, dan memperkukuhkan semangat perjuangan untuk meneruskan kehidupan. 

Sungguh berbanggalah pada diri sendiri kerana ampuh membelah badai sepanjang tahun lalu... memang benar tak semuanya pahit malah banyak juga yang manis-manis tetapi segala laluan yang telah ditempuh amat mendewasakan diri, mematangkan fikiran lantaran banyaknya hal-hal baharu yang berlaku. 

 Justeru, untuk kesekian kalian pada tahun baharu ini, dipanjatkan kesyukuran atas segala yang t

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers