Sunday, 4 September 2016

Kreativiti Untuk Laman Kecil Kami

Laman kecil berbunga-bunga. Lebih banyak tumbuhan hijau menyejukkan mata tapi ada juga bunga-bunga kecil menghiasi laman. Kemudian Mr Hubby menambah kreativiti dengan botol-botol minuman yang dikumpul, spray cat biru dan kemudian disusun untuk tanaman pokok pukul 10 atau ros Jepun. Ada banyak warna, pink, merah, kuning, oren, peach. Laman rumah berwarna-warni juga dengan kelopaknya dihurung lebah yang menjengah menghisap madu di laman pagi.

Pandangan yang indah untuk cahaya pagi menyinari ros jepun dengan warna pelbagai, dihurung lebah yang hinggap menghirup madu dari satu kelopak beralih kepada kelopak yang lain. Seakan terdengar riang berlagu sambil menjamah manisan. Rezeki serangga di laman rumah kami.

Ada banyak lagi perancangan Mr Hubby untuk laman kecil ini, ruang yang ada dimanfaat semaksima mungkin dengan hiasan pandangan mata tanaman, burung-burung disangkar dan pancuran air di sudut rumah. Halwa telinga berhias kicauan burung yang nyaring dan mesra silih berganti, bunyian air dan sesekali ada tiupan angin lembut nyaman menyapa.... 


Syukur, nikmat apa lagi yang mahu kita dustakan lantaran semuanya dapat diaplikasi dengan simbiosis antara satu sama lain sesama makhluk dan hidupan ciptaan Allah SWT. Hobi Mr Hubby menjamah mata, menyentuh di hati dan terus menyematkan sayang... Tak kisahlah tak mengulit membelai diri lantaran alpa dengan tanaman, yang pasti tetap di depan mata dan menyapa jiwa.   













No comments: