Monday, 28 September 2015

Keletah Anak-anak

Amira, Ameer dan Afrina semakin membesar... tiga anak yang mempunyai perangai berbeza. Si sulung seorang yang tegas dan serius, yang tengah suka menyakat memeriahkan suasana sementara si bongsu terlalu teliti dan cerewet.


Telatah yang berbeza mengundang suasana meriah dengan tawa ceria bersulam senda namun tak lekang juga dengan tangis dan jeritan tatkala kemarahan bertandang.

Aduhai anak-anakku, kalianlah penyeri suasana yang menjadi penghibur sepanjang masa. Ada-ada saja yang buat hati tercuit tatkala bersendiri memikirkan mereka. Sesungguhnya, kasih yang terzahir tidak terhitung banyaknya...

No comments: