Monday 16 February 2015

Afrina Lima Tahun!!!

Afrina genap berusia lima tahun. Permintaannya mahukan goodies bag untuk dibawa ke sekolah. Aku tunaikan dengan tema Frozen. Memang dia gembira, teruja untuk bersekolah dan meraikannya bersama-sama rakan-rakannya. Kemudian kek dibeli dan disambut dengan Achik sebagaimana kebiasaannya.

Afrina keletah, memang ceria dan banyak cakap namun perwatakannya amat berbeza apabila berada di luar rumah, malah di sekolahnya juga. Dia lebih banyak diam, jarang bercakap dan hanya akan mengikut apa-apa sahaja saranan cikgunya. Memang mudah mengajar Afrina, kata cikgunya.

Selamat hari lahir Nina, semoga kelak menjadi anak yang beriman, berilmu dan beramal. Dapat berbakti kepada agama, nusa dan bangsa!

p/s: Terima kasih pada Farah & Faiz dari OursCraft yang menyediakan goodies bag untuk Nina!









2 comments:

nuhaz said...

happy bday nina syg..semoga menjadi anak yg solehah...bulatnya mata nina

airikamalek said...

Terima kasih mama Zills...aminnn

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers