Sunday, 22 February 2015

Berlayang-layang di Kampung

Cuti Tahun Baru Cina dihabiskan dengan pulang ke Kampung Mempelam, tempat tanah tumpahnya Mr Hubby. Sambil menziarah Pak yang semakin uzur kami meluangkan masa melayan keletak anak-anak yang sememangnya amat suka suasana desa. Bebas, terbuka dan masa diisi dengan perkara-perkara yang sememangnya tidak dapat dilakukan di KL.

Monday, 16 February 2015

Afrina Lima Tahun!!!

Afrina genap berusia lima tahun. Permintaannya mahukan goodies bag untuk dibawa ke sekolah. Aku tunaikan dengan tema Frozen. Memang dia gembira, teruja untuk bersekolah dan meraikannya bersama-sama rakan-rakannya. Kemudian kek dibeli dan disambut dengan Achik sebagaimana kebiasaannya.

Saturday, 7 February 2015

Taman Laman Kami - Terima Kasih Mr Hubby!


Laman depan rumah sudah penuh dengan tanaman Mr Hubby. Hobinya yang tenggelam suatu waktu lalu kembali mekar dengan kesuburan pepohon yang ditanamnya. Lebih menarik apabila permintaanku untuk mendengar kicauan burung direalitikannya. Mr Hubby buat kejutan, dalam diam tanpa kata dia laksanakan keinginanku. Aku mahukan burung-burung kecil yang berkicauan meriah di laman rumah, ada bunga-bunga dan pohon-pohon menghijau. Duduk santai sambil menikmati novel romantis di tangan.... tentunya amat menyeronokkan.