Tuesday 8 January 2013

Amira Lapan Tahun...


Tanggal 7 Januari 2005 yang lalu, Amira dilahirkan melalui pembedahan kerana denyutan nadinya ketika itu tak stabil. Bertempat di HUKM, semuanya berjalan lancar dengan beratnya ialah 3.16 kg. Dan hari ini sudah lapan tahun berlalu dengan Amira meniti kehidupan alam kanak-kanak secara sihat sepenuhnya.


Sememangnya hati amat teruja untuk meraikan sambutan hari lahir Amira tetapi kesibukan di hujung minggu yang membawa aku terpaksa bertugas ke Melaka menjadikan perancangan untu hari jadinya hanya bersama keluarga. Namun segalanya berubah apabila Mr. Hubby khabarkan tidak dapat pulang awal kerana staff yang ada tidak cukup justeru perancangan lain dibuat. Kami ke GJC dan aku mengajak family 69 untuk bersama-sama meraikannya. Family Lan dan Chot hadir memeriahkan suasana yang menjadikan perancangan kecil semakin bersemarak.

Tentunya sebagai ibu aku mengharapkan yang terbaik untuk Amira dengan dia sendiri bebas memilih apa saja yang diimpikan atas pengawasan dari mama dan abahnya. Semoga diusia dewasa kelak Amira akan memiliki kematangan dan sifat kebertanggungjawaban bukan saja pada keluarga tetapi turut menyemai budi pada agama, bangsa dan negara. Amin...

























No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers