Friday, 13 January 2012

African National Congress – KL – Doha – Afrika Selatan


Kepercayaan yang terlalu besar diberikan padaku apabila dipilih untuk menyertai delegasi UMNO ke Kongres Nasional Afrika ke-100 tahun di Bloemfontein, Afrika Selatan. Bumi asing yang tidak pernah aku mimpi untuk dikunjungi.

Tarikh 5 Januari hinggalah ke 10 Januari, perjalanan yang aku rasakan amat jauh. Bermula di KL, terus ke Doha dengan tempoh dalam pesawat selama 8 jam, kemudian transit selama 12 jam dan disambung semula ke Johannesburg 8 jam sebelum perjalanan 45 minit ke bandar Bloemfontein.

Bandar Bloemfontein, penuh dengan bunga-bunga subur, amat berbeza dengan bumi Afrika yang selalu digambarkan. Kotanya aman, tenang, cuaca berangin sejuk menyamankan tetapi kala tengahari teriknya matahari terasa kering menyengat kulit.

Biarpun layanan yang diterima tidak sama sebagaimana UMNO kepada delegasi asing namun keserasian dan semangat kebersamaan dalam sembilan orang delegasi amat menyelesakan. 

Kesempatan transit di Qatar digunakan berjalan sekitar bandar Doha























No comments: