Wednesday, 30 April 2014

Memborong di Pesta Buku

Membaca, proses yang mencerna minda. Mengajak akal berputar ligat, mencerna setiap baris ayat yang ada dan berfikir berlandaskan logik akal fikir. Menerima dengan matang dan turut terbuai dalam emosi. Sesekali terasa damai, amat santai, duka dan ceria bahan dibaca seakan meresap terus ke dalam jiwa lantas ketegangan yang tersurat di muka buku adakalanya turut membengangkan rasa di kepala. Sebagaimana saban tahun, apabila tibanya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, aku antara pengunjungnya dengan bersama memborong buku-buku yang aku dambakan. Kali ini, ‘mood’ aku lebih terdorong kepada novel-novel popular namun aku sulami juga dengan buku ilmiah untuk pertambahan ilmu. Semoga setiap apa yang aku baca akan memberi gambaran positif dan membawa dapat membantu aku berfikiran lebih waras dan matang.

Friday, 18 April 2014

Hobi Gila Novel...

Aduhaiii… seakan penyakit lama menular kembali. Aku mula menyemai semula hobi lama yang sememangnya amat parah suatu waktu dulu. Aku hantu novel terutamanya novel cinta yang akan membuai perasaan romantik dalam diri aku. Aku sebut parah kerana suatu ketika dahulu aku pernah terlalu amat taksub dengan membaca novel sehinggakan aku sanggup tidak makan atau tidur kerana mahu menghabiskan pembacaan.

Wednesday, 16 April 2014

Catuan Air...

Aduhhh... kawasan perumahan aku terlibat dalam catuan air. Pelan pertama tiada apa-apa yang terjejas tetapi dalam pelan kedua, bekalan di rumah aku turut terganggu. Walaupun ada air tangki yang sememangnya cukup untuk catuan setiap dua hari namun air di sinki dapur dan untuk mesin basuh bersambung terus dari paip utama. Terjejas juga sedikit sebanyak aktiviti harian. Sudahlah catuan pula tidak mengikut jadual, kata hanya dua hari namun ada juga meleret sampai ketiga hari... dan apabila air ada tekanan yang sampai pula dikurangkan menjadikan air paip terlalu kecil... ayat kasar ibaratnya air kencing lagi besar. Itu belum lagi dengan kualiti air yang amat teruk, air yang sampai berkarat seolah-olah belum dirawat yang tentunya mengganggu juga emosi kami.

Friday, 11 April 2014

Mr Hubby 38 Tahun...

Tarikh 11 April hari kelahiran Mr Hubby. Sejak mengenalinya, tarikh tersebut menjadi ingatan dan menjadi lebih penting dari tarikh lahir sendiri. Sepanjang usia perkenalan kami, seingat aku hanya sekali aku tidak dapat meraikannya bersama-sama. Itu pun sebab bapak masuk wad dan aku berada di hospital menemani bapak, iaitu tahun 2002, namun kata-kata ucapan tidak dilupakan.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers