Wednesday 14 September 2016

Kisah Aidiladha 1437H / 2016


Hari raya Aidiladha. Tahun ini di rumah sendiri. Bapak bersamaku, dan kami meraikannya dalam suasana yang penuh sederhana. Tidak ada apa-apa perancangan pun selain persediaan untuk pulang ke kampung Mr Hubby di Utara. Pagi Aidiladha tidak kemana-mana. Makan bersama dengan menu nasi arab. Tidak ada kuih muih sebagai hidangan namun aku sediakan chip chocolate, brownies cake, batik cream cheese cake, cream puff dan dadih untuk tetamu yang datang. Juga sebagai buah tangan ke kampung.

Selepas solat Zuhor kami bertolak ke Kedah dengan keterujaan pada anak-anak. Memang, persediaan di kampung adalah untuk mengadakan korban sebagai ibadah bersama selain mengeratkan hubungan silaturrahim dalam keluarga besar arwah Ibrahim. Kak Chik, kak Mah dan Chaq telah mendahului kami sampai di kampung, sementara bang Ad, bang Leh, kak Pah dan Mat tiba pada hari kenduri korban dilakukan.


Pukul 9.00 pagi, seekor kerbau ditumbangkan di halaman rumah dengan sepenuhnya kerja-kerja menyembelih, melapah, memotong, mengagih dan kemudiannya memasak dilakukan dengan gotong-royong dikalangan adik-beradik, anak menantu, saudara-mara dan jiran tetangga. Gulai ikan termenung, daging goreng kunyit, sup tulang, daging dan air asam menjadi juadah.  
Pukul 2.00 petang majlis bacaan yassin, tahlil dan doa selamat diadakan.  Aku tidak banyak membantu, Ammar tidak sihat, masih demam dan enggan pula berenggang. Sudahnya aku lebih banyak menghabiskan masa di bilik melayan kerenah Ammar yang hanya mahu menyusu. 

Alhamdulillah. Dalam kesederhanaan, majlis berlangsung lancar dan meriah dengan kesyukuran dipanjatkan atas segala rahmat-Nya. Cuaca yang cerah dan nyaman. Anak-anak akrab saling bermesra biarpun tidak kerap bersua. Amira banyak bersama Anisah, Dik La, Along Angah kak Pah dan juga Mak Lang sementara Ameer bagai bermaharaja lantaran langsung tidak lekat di rumah yang dihabiskan bersama Mat Adib, Farhan dan Fateh. Hanya Nina yang sangat cerewet tetapi sesekali boleh juga berdikari. 

Semoga jalinan kekeluargaan ini akan berterusan dengan kemesraan yang berpanjangan....
























No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers