Saturday, 6 February 2016

Ammar Dah Botak

Ammar Farish botak kepala.... Proses biasa dengan mencukur kepala bayi agar rambut baru tumbuh dan kekotoran dari kelahiran dapat dibuang. Juga sebagaimana biasa anak-anak terdahulu, semuanya dilakukan oleh abang Hakim.

Proses membotakkan kepalanya juga mudah, tidak menangis walaupun ada juga rengekan kecil beberapa kali.


Lepas botak, makin terserlah kesadoannya, wajah yang bulat dan badan mula berketak. Tentunya dia akan turut sama mewarisi tubuh badan abangnya ketika seusianya juga.

No comments: