Wednesday 12 December 2012

Indahnya 12/12/12


Hari ini tarikh istimewa yang tentunya lebih bermakna dari simbolik angka 12.12.12 kerana pada 12 Disember sembilan tahun lalu, selepas solat Asar maka terlafaz ijab dan kabul antara  aku dan Mr.Hubby.

Untuk Mr.Hubby …melalui setiap detik dalam ikatan perkahwinan amat memberi erti. Saat pilu dan terharu, merindu dan kelu, hati tersentuh dan luluh namun masih terus bersulam dengan tawa dan ceria, masih banyak gembira dari nestapa, masih diwarnai kasih dan sejahtera. Kita saling menyedari bahawa keperluan dalam perhubungan bukan hanya berlangsung atas kejujuran dan keluhuran tetapi ia memerlukan keikhlasan dengan sifat saling memahami, saling mengasihi dan saling memerlukan.

Sesungguhnya, setiap saat adalah satu pembelajaran untuk kita terus memperteguh rumahtangga ini dengan tiga cahaya mata penyeri jiwa. Pengisian untuk masa seterusnya adalah keharmonian jalinan dua cinta dengan nada yang sama – mengharapkan semoga ikatan kasih kita abadi hingga ke hujung nyawa dan sentiasa diberkati-Nya.

Terima kasih atas kasih dan cinta diberi, mohon lebih banyak lagi dilimpahkan untuk disemai dalam kemesraan jalinan kita....
 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers