Monday, 13 October 2008

Hujung minggu

Hujung minggu menghabiskan masa di rumah sahaja tapi aku gagal mencuri masa untuk memenuhi ruang catatanku. Tumpuanku pada tugas harian rumahtangga dan anak-anak. Alhamdulillah anak-anakku tidak banyak masalah dan cuma sesekali saja kak long buat hal, dia memang cerewet... banyak sedikit kerenahnya yang menuntut kesabaran.

Sesekali aku cuba melarikan diri dari fikirkan hal-hal pejabat apatah lagi yang berkaitan dengan politik semasa tetapi sesungguhnya, lumrah kehidupan... sememangnya ia sebahagian daripada hal-hal semasa yang perlu diikuti.

2 comments:

nuhazcollections said...

erm sopan santun ayatnya..sejuk hati membaca..huhu ;)

airikamalek said...

Ayat dalam penulisan tidak sama dengan ayat dalam percakapan... Tetapi apa pun, penulisan, percakapan dan perbuatan adalah perkara yang sama..., sentiasa seiring dengan tindakan...