Friday 16 August 2019

Tazkirah Jumaat: Jaga Perilaku Dan Akhlak

Alhamdulillah... pagi ini dilapangkan masa dan dapat join kawan-kawan lain yang telah dahulu mengadakan majlis ilmu saban Jumaat. Dimulai dengan bacaan Yaasin dan surah Al-Kahfi, kemudian diisi sedikit ruang dengan tazkirah sebagai pengisisn rohani buat kami yang bakal meneruskan kerja.

Ustaz Shamsul Najmi membimbing kami, menitiskan ilmu yang dimilikinya untuk kami sama-sama merasai betapa banyaknya hal-hal yang perlu dikongsi bersama.

Ini antara kandungannya:

1. Rasulullahi saw Penjamin (Zaim) ganjaran sebuah rumah di laman syurga bagi org yg beralah atau undur dr debat/ perbalahan

2. Rasulullahi saw Penjamin ganjaran rumah di tengah syurga kpd org yg tinggalkan pembohongan

3. Rasulullahi saw Penjamin sebuah rumah syurga tertinggi  kpd org yg elokkan akhlak diri (di khalayak atau ketika sendirian)

Sandaran nas:
Daripada Saiyyidina Abi Umamah al-Bahili berkata:
Sabda Sayyidina Rasulullah alaihi shalawatullah:
Saya Penjamin (Zaim) untuk sebuah rumah di laman syurga bagi sesiapa yang meninggalkan perdebatan walaupun dia di pihak yang benar, dan sebuah rumah di tengah syurga bagi sesiapa yang meninggalkan pembohongan walaupun sekadar gurauan, dan sebuah rumah di syurga yang tertinggi bagi sesiapa yang memperelokkan akhlaknya”.
Diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud
dengan sanad yang shahih.
Ruj: 10/630

Perilaku & Akhlak
Contoh akhlak bercakap, jaga kebersihan, tertib, sopan, berpakaian, memandu, akhlak di tandas (termasuk jaga atau bersihkan tandas) dll

Org mukmin tak berbalah
Ego, besar diri, tak nak kalah cakap maka tinggalkan perbalahan
Tak berbohong walaupun bergurau
Elokkan budi, jaga akhlak yang baik.

Cth: akhlak baik walaupun tanpa org tau... buang sampah.
Cuci tandas waktu nak keluar
Tanda kasih sayang sesama mukmin, ehsan kepada Allah ... seolah2 kita melihat Allah... Allah nampak kita.

Antara akhlak yg paling baik: doa seorang mukmin kpd mukmin yg lain tanpa dia tahu... minta Allah makbulkan hajat saudara/rakan kita dlm doa dgn tambahan amalan yang lebih baik.

Q&A
Bohong utk tutup aib... kita tidak bercakap benar tak semestinya kita bernohong.
Sesiapa yang tutup aib saudaranya maka Allah akan tutup aib kita di akhirat.
Dosa buka aib org sgt besar.
Rahsia kena jaga...rahsia kawan2, jgn dibuka cerita kawan, jgn heboh, apa lagi cerira di belakang.

Cuba elakkan pembohongan... cth saya kurang pasti... elok kita berbaik sangka... kita doakan lah yang terbaik utk dia...

Antara perkataan paling baik... Allahuakbar....
dlm situasi apa pun termasuk terkejut lihat sesuatu atau melatah...
Jadikan amalan ... latah ke apa2 gunakan kalimah Allahuakbar. Takbir ini juga perkataan paling2 ditakuti oleh jin kafir

Moga2 Allah swt ampunkan dosa2 kita
Moga2 Allah swt permudahkan urusan kita
Moga2 Allah pelihara akhlak kita, tergolong dlm gol yg soleh.

p/s: maaf jika ada terkurang... yang baik datangnya dari Allah SWT, yang buruk dari kelemahan saya sendiri

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers