Monday 10 June 2019

Merai Aidilfitri - Silaturrahim Bersama Keluarga

Benar, berbezanya sambutan Aifilfitri tanpa ada lagi ibu ayah. Di Harmonis atau di Mempelam, suasananya tetap sama, terasa hiba dan sayu di hati sedangkan ingatan tergambar jelas memori lampau bersama mereka. Aduhai hati.... Aidilfitri masih perlu terus diari kerana kami ada anak-anak, ada adik-beradik, ada saudara mara, ada rakan taulan, ada jiran tetangga biarpun sudah tiada ibu dan ayah.


Rutin masih sama. Meraikan Aidilfiri di rumah keluarga, di rumah peninggalan arwah orang tua... biarpun mereka sudah tiada namun ikatan yang terpatri tetap di hati... jelas terbayang wajah mereka di sisi namun kini diganti dengan riuh-rendah anak-anak yang menghuni.

Pagi raya bersama keluarga, berhari raya ke Padang Balang, kemudian ke rumah kawan Malik di Gombak Setia dan meraikan tetamu yang datang di Harmonis.

Balik ke kampung Mempelam, suasananya juga sama... terbayang wajah arwah mak dan pak. Mereka telah tiada namun kami masih sama, balik ke rumah untuk memperkukuh silaturrahim adik-beradik. Biarpun suasananya berbeza namun masih tetap ada...

Semoga jalinan kasih sayang dalam keluarga tetap utuh dan subur biarpun tiada lagi bonda dan ayahanda dalam kalangan kami....



 

 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers