Sunday 30 June 2019

Aidilfitri... sanak saudara & rakan taulan

Aidilfitri terus dirai... kan Syawal sebulan. hubungan silaturrahim mahu terus diperkukuh... yang jauh didekatkan, yang dekat dipereratkan. Memang, biarpun ada yang jauh dan gagal berkesempatan untuk bersama namun ingatan tidak pernah pudar malah kasih sayang semakin bertambah.

Benar, semakin lanjut usia, terasa imbauan kenangan bersama sanak saudara dan rakan-rakan semakin kerap bermain di mata. Betapa aku kini menjadi insan yang terlalu menghargai sebuah hubungan, ikatan bersama semua terasa ingin diperkukuh.

Syawal berlalu pantas... saban minggu ada sahaja rumah yang dikunjungi, dari rumah adik-beradik hinggalah ke rumah para saudara dan rakan-rakan.

Aku berkunjung ke rumah abang Maili bersama abang Hakim dan abang Bullah. Namun begitu berhari raya ke rumah saudara yang lain tak bersama mereka sebagaimana tahun-tahun kebiasaannya. Abang Hakim berhari raya bersama abng Bullah lebih awal ketika aku masih di kampung, maka tinggallah aku bergerak sendirian mencari saudara. Mujur anak-anak aku ramai, Mr Hubby pun ok dan kak Hamda join sama jadilah kami juga sekumpulan. Tak rasa tak best kan... biasa pergi bersama-sama tapi kali ini geraklah sendiri... tak apalah walaupun terasa kelainannya. Perlulah biasakan.

Kami ke rumah Obek Is-is kemudian terus ke Simpang Balak rumah kak Rahmah... sepupu yang saban tahun sentiasa kami kunjungi... kami berlama di rumahnya malah habis ke belakang rumah memetik pucuk ubi, nangka, petola, mangga dan macam-macam lagi diambil dari rumahnya. Dari Asar terus bermaghrib di situ.

Minggu berikutnya ke Ampang, ke rumah kak Piah dan ke flat... tapi tak dapat bersua dengan kak Cuk-cuk yang bekerja.

Bukan itu saja, kediaman kami juga menerima tetamu... syukur... kehadiran tetamu amat bererti pada kami yang dikata jauh dari yang lain.... Fizi dan suaminya datang ke rumah, kemudiannya Zura pun datang dengan ditemani Fizi juga.

Syawal bukan hanya bersama saudara mara saja tetapi juga bersama rakan-rakan. Kami sekeluarga berkunjung ke rumah terbuka kak Shida. Sedap makan-makan bersama rakan-rakan yang lain. Juga ada sambutan hari raya di pejabat yang menjadikan kemeriahan Syawal cukup terasa. Alhamdulillah. Maaf Zahir Batin semua.

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers