Sunday 30 June 2019

Aidilfitri... sanak saudara & rakan taulan

Aidilfitri terus dirai... kan Syawal sebulan. hubungan silaturrahim mahu terus diperkukuh... yang jauh didekatkan, yang dekat dipereratkan. Memang, biarpun ada yang jauh dan gagal berkesempatan untuk bersama namun ingatan tidak pernah pudar malah kasih sayang semakin bertambah.

Benar, semakin lanjut usia, terasa imbauan kenangan bersama sanak saudara dan rakan-rakan semakin kerap bermain di mata. Betapa aku kini menjadi insan yang terlalu menghargai sebuah hubungan, ikatan bersama semua terasa ingin diperkukuh.

Monday 10 June 2019

Merai Aidilfitri - Silaturrahim Bersama Keluarga

Benar, berbezanya sambutan Aifilfitri tanpa ada lagi ibu ayah. Di Harmonis atau di Mempelam, suasananya tetap sama, terasa hiba dan sayu di hati sedangkan ingatan tergambar jelas memori lampau bersama mereka. Aduhai hati.... Aidilfitri masih perlu terus diari kerana kami ada anak-anak, ada adik-beradik, ada saudara mara, ada rakan taulan, ada jiran tetangga biarpun sudah tiada ibu dan ayah.

Wednesday 5 June 2019

Selamat Hari Raya Aidilfiri

Salam Aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Ikhlaskan diri menerima dan memberi
memaafkan dan memohon kemaafan
hindari rasa iri, buangkan hasad dengki
hilangkan segala prasangka dan jauh hati
kejernihan diharapkan pada sebuah ikatan
dalam rumahtangga, sesama saudara, 
rakan taulan, jiran tetangga juga sesama insan
Mohon pada Ilahi
rahmati kami pada hari kemenangan ini
untuk dosa semalam, hari ini dan dalam perjalanan hari esok 
hinggalah ke akhir nanti.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers