Sunday 12 May 2019

Indahnya Ramadan... Iftar Bersama Tetamu Di Rumah

Alhamdulillah... iftar hari minggu disangka kan hanya sekeluarga di rumah namun tanpa perancangan rakan-rakan yang akrab datang bertandang. Semuanya berlangsung tiba-tiba... kak Shida kata nak datang rumah hantar baju, nak datang petang... kebetulan waktu itu ada Farah bersama kami yang lantas Farah bertanya kenapa pula kak Shida nak datang... nak datang juga.... Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan... jomlah berbuka puasa sama-sama... memang aku suka sangat ada orang datang rumah, juga tentunya Mr Hubby yang akan berbesar hati menerima tetamu apatah lagi untuk iftar di rumah kami.

Jemputan dipanjangkan kepada geng bertujuh... Filza tak dapat beri jawapan kerana terikat dengan keluarga, Lin dan Nurul juga begitu... ada perkara lain yang perlu diutamakan, tapi Zila dapat join sama. Oklah tu sebab bukan dirancang pun kan....

Memang aku rasa excited nak menerima kehadiran kawan-kawan untuk berbuka bersama-sama di rumahku. Menu aku rancang bersama Mr Hubby, dia sukarela nak masak laksa... aku masak roti jala... ingatkan nak masak ayam goreng rempah tapi tak jadi sebab kak Shida nak beli ayam golek, ditambah lagi dengan sate dan roti john. Farah pula bawa pencuci mulut truffle dan karipap sardin sementara Zila bawa ayam masak halia hasil air tangan papa... Wah! tak muat meja makan nak letak macam-macam hidangan yang ada. Semuanya sedap-sedap....

Alhamdulillah, terasa keceriaan itu mengisi ruang rumah kami. 10 orang tetamu ditambah dengan kami sekeluarga menghidupkan suasana yang dipenuhi gelak tawa dan senda gurau. Anak-anak mesra bersama, Qaed, Aisy dan Ameer bermain bay-blade, siap ambil kuali sebagai 'stadium'. Hahaha... anak-anak yang amat menghiburkan.

Selesai menunaikan solat Maghrib berjemaah, duduk sekejap dan kemudian sambung makan lagi... sambil itu bertukar cerita dan saling bersenda. Ikatan kekeluargaan terpatri antara kami, rakan akrab yang sudah ibarat saudara hinggakan anak-anak pun terasa dekatnya.

Terima kasih semua kerana sudi datang bertandang, lain kita boleh makan-makan lagi dalam bilangan yang cukup korum... insya-Allah. Semoga ikatan persaudaran ini akan terus akrab dan terpatri hingga ke akhir hayat. Muahhhhh 😘

 


No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers