Tuesday 7 May 2019

Amira Dan Rheumatic: Refer Ke Hospital Serdang... Erk...

Rawatan untuk rheumatic fever atau radang sendi yang menyelimuti Amira masih berterusan. Tahun kelima selepas dia disahkan mendapat penyakit yang sangat rare ini.  Suntikan setiap 28 hari masih berterusan malah perlu dilakukan sehinggalah Amira berusia 21 tahun. Sekarang baru 14 tahun yang bermakna ada berbaki tujuh tahun lagi.

Pemeriksaan susulan di hospital juga masih berlanjutan, setahun dua kali perlu ada pemeriksaan penuh kepada seluruh anggota badannya, khususnya organ dalaman. Hati jantung dan buah pinggang. Ambil darah dan echo sudah seakan sebati dengan Amira selepas melaluinya saban tahun sejak 2014. Dia semakin matang, memahami apa yang dihadapinya. Pesanku padanya, redha dan syukur... redha atas ketentuan Allah dan syukur dalam sakit masih ada ubatnya malah masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  

Kali ini pemeriksaan lagi, ambil darah dan echo seminggu sebelum pertemuan dengan doktor, dan kemudian mendapat penjelasan dari doktor yang merawat. Sewaktu pertemuan dengannya tiada apa-apa masalah, semuanya lancar. Namun begitu, ketika aku dalam perjalanan ke tempat letak kereta, telefonku berbunyi, doktor yang merawat Amira tadi di talian.  

Katanya, Puan... Amira perlu dirujuk ke Hospital Serdang, perlu buat x-ray di sana dan mendapatkan keputusan pakar kerana hasil dari bacaan di jantungnya tidak secantik bacaan pada pemeriksaan yang lalu. Rujuk pakar di Hospital Serdang dan dapatkan apa kata mereka namun dalam masa yang sama Amira masih dalam pemantauan dari Hospital Putrajaya. 

Katanya, beliau baru meneliti keseluruhan bacaan rawatan Amira, namun keputusan terkini walaupun tidak serius tetapi tidak secantik bacaan pada pemeriksaan yang lalu. Jadi kepastian perlu dilakukan dan apa-apa nanti perlu tungu keputusan dari pakar terbabit. 

Apa perasaanku... aduhai... bercampur-baur dan jadi tak menentu namun ketenangan perlu menguasai. Saranan doktor adalah yang terbaik dalam kehidupan dan masa depan Amira. Amira terlihat kecewa kerana perlu berdepan lagi rawatan di hospital lain namun akhirnya alah... bertabahlah sayang....

Kami berpatah balik, surat rawatan Amira diambil dan kemudiannya Mr Hubby yang membuat temujanji ke Hospital Serdang. Insya-Allah September nanti kami akan ke sana. 

Apa sebenarnya penyakit demam rheumatic ini?

Rheumatic ialah demam yang berpanjangan dan kesan antibiotik telah memberi tindakbalas negatif. Kuman telah menyerang dalam darah dan Amira bernasib baik kerana kuman ini tak masuk ke dalam jantung, otak dan organ dalaman yang lain. Kuman ini telah menyerang bahagian sendi di kaki Amira yang mengakibatkan dia sampai tak boleh berjalan. Penyakit ini umumnya menyerang kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun, terhasil kerana jangkitan selepas deman atau radang tekak yang mengakibatkan antibodi bersilang.

Untuk Amira... ya dia demam... lama on off sampai ke sebulan... berkunjung ke klinik sampai tiga kali... ke hospital juga kerana tonsil bengkak... akhirnya tak boleh berjalan... gagal berpijak... sakit sangat... ke hospital lagi... masuk wad... dua hari rawatan barulah punca diketahui dan rawatan dibuat... makan ubat dan kemudian suntikan hinggalah ke hari ini... 

Bertabahlah Amira... dalam sakit ada hikmah... masih ada penawar dan banyak ruang ilmu serta pengalaman yang boleh ditimba. Alhamdulillah. 




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers