Friday 31 May 2019

Imarah Majlis Khatam Quran Buddies

Alhamdulillah rakan-rakan di pejabat dapat sepakat menghabiskan tadarus al-Quran sepanjang Ramadan dengan masing-masing mengambil bahagian dalam 30 juzuk al-Quran. Kemucaknya, majlis khatam secara sederhana dengan harapan keberkatan diperoleh.

Majlis yang dirancang kecil-kecilan menjadi meriah dengan kehadiran ustaz jemputan Al-Fadhil Ustaz Hairul Amin Madon. Kak Ai menguruskan jemputan ustaz ini... dan lebih meriah ada pula bunga telur yang ditaja oleh Ina... Terima kasih korang....

Sunday 12 May 2019

Indahnya Ramadan... Iftar Bersama Tetamu Di Rumah

Alhamdulillah... iftar hari minggu disangka kan hanya sekeluarga di rumah namun tanpa perancangan rakan-rakan yang akrab datang bertandang. Semuanya berlangsung tiba-tiba... kak Shida kata nak datang rumah hantar baju, nak datang petang... kebetulan waktu itu ada Farah bersama kami yang lantas Farah bertanya kenapa pula kak Shida nak datang... nak datang juga.... Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan... jomlah berbuka puasa sama-sama... memang aku suka sangat ada orang datang rumah, juga tentunya Mr Hubby yang akan berbesar hati menerima tetamu apatah lagi untuk iftar di rumah kami.

Tuesday 7 May 2019

Amira Dan Rheumatic: Refer Ke Hospital Serdang... Erk...

Rawatan untuk rheumatic fever atau radang sendi yang menyelimuti Amira masih berterusan. Tahun kelima selepas dia disahkan mendapat penyakit yang sangat rare ini.  Suntikan setiap 28 hari masih berterusan malah perlu dilakukan sehinggalah Amira berusia 21 tahun. Sekarang baru 14 tahun yang bermakna ada berbaki tujuh tahun lagi.

Pemeriksaan susulan di hospital juga masih berlanjutan, setahun dua kali perlu ada pemeriksaan penuh kepada seluruh anggota badannya, khususnya organ dalaman. Hati jantung dan buah pinggang. Ambil darah dan echo sudah seakan sebati dengan Amira selepas melaluinya saban tahun sejak 2014. Dia semakin matang, memahami apa yang dihadapinya. Pesanku padanya, redha dan syukur... redha atas ketentuan Allah dan syukur dalam sakit masih ada ubatnya malah masih dapat menjalani kehidupan seperti biasa.  

Thursday 2 May 2019

Tahniah Didi... Konvokesyen dan Percutian Di JB

Awal-awal lagi abang Hakim dah maklumkan tarikh konvokesyen Didi di UTM pada 30 April. Kami memang merancang untuk meraikannya. Alang-alang je Johor, teruslah bercuti di JB apatah lagi kami semua tidak pernah menjelajah Selatan tanah air. Dengan tarikh konvo yang telah muktamad, perancangan dibuat... anak-anak yang bersekolah semuanya 'ponteng' kerana konvo adalah antara hari yang penting dalam hidup. Itulah satu kejayaan atas usaha yang telah dilakukan... dari kecil, alam tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah tentunya tujuan utama adalah untuk ke menara gading. Lantaran itu, hari penganugerahan adalah satu pengiktirafan atas kejayaan bergelar pelajar selama ini. Tahniah Didi... alhamdulillah, berjaya dalam usaha yang lelah dan tentunya penuh mencabar.
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers