Sunday 26 August 2018

Eh... Terbercuti Pulak...

Tanpa perancangan... tiada dalam jadual aktiviti untuk bulan ini dan tidak ada sebarang perbincangan rapi... namun kami pergi bercuti. Eh... tiba-tiba muncul idea untuk bersama geng 'gegirls' dengan berkeluarga bagi melepaskan gian kemana-mana barang semalam. Berpunca dari Farah... namun dipersetujui kami semua... khususnya kak Shida yang begitu beria.... Terima kasih kak Shida.   Asalkan bercuti, tanpa lelah dan membuang masa maka yang terdekat adalah Port Dickson.

Lin tak dapat bersama lantaran terikat dengan keluarga yang berkenduri di kampung sementara Filza pula ada tuntutan lain bersama mak. Sudahnya aku, Zila, Nurul, Farah dan kak Shida berkeluarga memulakan perjalanan dengan berkumpul di Bawal Power Cyberjaya untuk makan tengahari.

Kesepakatan dalam keluarga besar 'gegirls' membawa barang sedikit seorang selain kelengkapan memasak sebagaimana yang diajukan dalam tempoh seminggu itu. Periuk ajaib noxxa... air-fryer, bekas steamboat, berserta beras, tepung gandum, pisang, roti, sardin, dan macam-macam lagi barangan makanan.


Perkara pertama dibuat ialah memasak cekodok ikan bilis versi I dan pisang goreng untuk minum petang sambil berehat-rehat sebelum semuanya turun beriadah ke kolam renang. Hanya aku yang mendukung Amani tak bersama dalam kolam renang namun keseronokan tetap dinikmati bersantai ditepian dengan mereka. Ada aktiviti aerobic dance dalam air yang membuatkan anak-anak girang turut serta. 

Tak habis di situ, kemudian kami secara berjemaah ke tepi pantai... ada yang mandi laut, berlarian di pantai mengejar ombak, bermain pasir selain aktiviti santai membawang tanpa sengaja.

Waktu malam pula, acara untuk makan malam dengan menu steamboat sup dan tomyam. Ada nasi dan lauk sardin, telur dadar serta buah jambu. Meriah makan-makan kami sebelum melepaskan lelah untuk rehat sebelum menyambung kembali keesokan harinya.

Pagi yang cerah, sarapan nasi lemak, telur rebus sambal abang Hashim, sardin dan cekodok ikan bilis versi II. Kemudian anak-anak terus mandi kolam sebelum naik sekitar pukul 11.00 pagi untuk kami check-out pukul 12.30. Sebelum berpisah, kami menikmati cendol bakar di kawasan berhampiran.

Sekejap namun rasa seronok dalam kebersamaan melayani anak-anak. Anak-anak pula mula mesra pada malam dan hari nak balik. Dengan keletah Affan, Qaed dan Aisy.... Nina pula berkawan dengan Areej dan Aulia. Ameer yang tak berteman sedang Amira lebih banyak melayan telefon sendiri.

Jadi... tercapailah hasrat untuk pra-percutian geng 'gegirls' sebelum kami memulakan percutian sebenar awal Oktober nanti... Jeng.. jeng...jeng....   




No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers