Wednesday 7 March 2018

Hari Lahir Ameer - 10 Tahun

 Ameer Farhan, sesuai dengan namanya - pemimpin yang gembira - tingkahnya sentiasa ceria. Selalu buat orang tersenyum, suka mengusik dan gemar ketawa. Cukup umurnya sepuluh tahun, sememangnya dia sentiasa menantikan tarikh kelahirannya. Ada-ada saja ceritanya saban waktu, tak pernah kering ideanya untuk bercerita, itu ini semuanya pasti ada tokok tambah yang menjadikannya lebih menarik.

Kenakalan dan kecerdasan Ameer selalu juga menimbulkan rasa amarah. Betapa anak kecil ini terlalu 'banyak akalnya' sehinggakan tidak terjangkau dengan pemikiranku sendiri. Ada saja tingkahnya yang mencabar kesabaranku - semoga Allah meningkatkan amalanku dan menjadikan Ameer insan yang bertakwa. Sehingga ke usia sepuluh tahun ini, aku tidak dapat melihat keseriusan Ameer pada satu-satu bidang pun... semuanya dibuat tanpa bersungguh, dari taekwando, berenang, gitar, piano, bola apatah lagi belajar.

Namun Ameer ada sifat pemaaf, emosinya cukup lembut, tidak pernah ambil hati, tidak suka merajuk dan sentiasa ceria, mudah membantu dan rajin bertanya.

Untuk hari kelahirannya, kami tidak meraikannya sebagaimana Amira dan Nina yang lalu juga, jadi tidak adil jika kami adakan sambutan untuk Ameer. Namun hadiah sydahun Mr Hubby sediakan. Memang itulah yang dimahukannya. Mr Hubby membeli sepasang jam tangan, untuk Ameer dan Nina juga sebagai hadiah hari lahirnya.

Hujung Disember lalu mereka sudahpun menuntut hadiah hari lahirnya iaitu scooter seorang sebuah... lengkap dengan Ammar jadi ada tiga semuanya.

Memang anak-anak gembira menerima hadiah sempena hari kelahiran mereka. Alhamdulillah, sebagai ibu bapa dapat mengembirakan hati anak-anak adalah satu kesyukuran yang tidak terhingga. Anak-anak yang ceria amat membahagiakan.

Untuk usia sepuluh tahun ini, diharapkan Ameer akan dapat menjadi insan yang akan menarik kami sekeluarga ke syurga kelak dengan amalan-amalan yang dilakukannya, menjadi anak yang soleh dan berbakti pada agama, bangsa dan negara. 

No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers