Thursday 4 January 2018

Amira: Rawatan Rheumatic Usia Remaja

Hari ini pertama kali temujanji Amira untuk rawatan susulan rheumatic fever dibahagian dewasa. Dalam usianya memasuki 13 tahun dia bukan lagi kanak-kanak yang dirujuk di pediatrik tetapi telah dipindahkan ke bahagian perubatan, sesuailah dengan fizikalnya yang sudah menyamai orang dewasa biarpun baru memasuki usia remaja.

Sebelum pertemuan ini, pemeriksaan darah telah dilakukan kepada Amira. Mr Hubby yang menemaninya namun dalam pertemuan dengan doktor, aku bersama sekali. Doktor Abdul Muiz yang melayani Amira amat prihatin, pemeriksaan secara detail dilakukan. Rekod kesihatannya sejak empat tahun yang lalui diteliti, dari mula-mula Amira mendapat serangan rheumatic hinggalah yang terbaru pada November lalu. Pemeriksaan fizikal juga dibuat. 

Katanya pada Amira - awak jangan rasa takut sebab rheumatic ini bukan penyakit. Memanglah ada dibuat pemeriksaan jantung dan organ dalaman tapi itu cuma pemantauan dan berdasarkan perkembangan sejak empat tahun lalu hingga kini, awak sihat, tak sakit pun. Rheumatic ini hanya jangkitan kuman dan sebenarnya awak dah bebas dari apa-apa penyakit, cuma suntikan yang dilakukan adalah untuk halang kuman itu aktif dalam badan. Awak tak ada penyakit apa-apa dan awak boleh buat apa-apa saja aktiviti yang awak nak lakukan, nak berlari, nak terjun, nak bersukan semua tu awak boleh buat. Jangan ada rasa down atau tersisih sebab rheumatic ini bukan macam sakit jantung, sakit buah pinggang atau sakit apa-apa macam orang lain. Awak sihat dah.

Doktor kata secara keseluruhan tidak ada apa-apa yang membimbangkan cuma pemantauan dan rawatan perlu dilakukan hinggalah usianya 21 tahun nanti. Rheumatic hanya jangkitan kuman yang boleh menyerang sesiapa sahaja sebagaimana individu itu mendapat batuk atau demam selsema, namun yang membezakan adalah rawatannya. Memang penyakit rheumatic ini terlalu jarang ditemui apatah lagi bagi kawasan bandar, negara maju dan untuk di Malaysia sendiri kebiasannya adalah di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Kiranya Amira insan terpilih...

Pertemuan dengan doktor perlu dibuat setahun dua kali, bermakna selepas enam bulan lagi selain suntikan bulanan setiap 28 hari perlu dilakukan.

Ada juga doktor sarankan untuk menukar kepada ubat tablet sahaja yang sesuai dengan tingkah dewasa bagi menggantikan suntikan saban bulan, namun Amira enggan. Fobianya terhadap ubat masih terkesan. Biarpun memang suntikan bukanlah satu kegemaran namun ia dianggap lebih baik berbanding memakan ubat saban hari tanpa gagal sehingga usia 21 tahun. Amira bukanlah penggemar ubat, apatah lagi untuk untuk mengambilnya setiap hari... jangankan ubat, nak ambil vitamin sebiji sehari pun payah.

Ya, benar kata doktor, makan ubat lebih baik bagi golongan dewasa apatah lagi jika kelak Amira menyambung pengajian kemana-mana pusat pengajian tinggi yang barangkali juga di luar negara, namun bukan kali ini atau dalam jangka masa terdekat. Bagi kami Amira masih anak-anak, usianya baru 13 tahun dan dia sendiri juga lebih menyenangi suntikan berbanding makan ubat tablet.

Tak ada masalah kata doktor. Teruskan rutin bulanan seperti biasa namun jika terasa ingin menukar kepada memakan ubat secara biasa maklumkan sahaja kepada doktor malah jika ada kelainan pada tubuh atau kesakitan lain, sesak nafas atau simptom yang sama maka teruslah ke bahagian kecemasan dan maklumkan berkaitan rheumatic ini.

Untuk temujanji akan datang, Amira perlu sekali lagi ambil darah bagi pemeriksaan sel darah merah dan darah putih, perlu melakukan ECG, x-ray jantung dan paru-paru dan kemudian barulah berjumpa dengan doktor.

Syukur Alhamdulillah. Perkembangan semua positif dan tidak ada apa-apa yang membimbangkan.


6 comments:

VEE QISS said...

Assalamualaikum, Puan sy ingin bertanay tentang rheumatic fever..suami telah dimasukkan ke HTAA..sekarang merupakan hari ke5 baginya..doktor mengesahkan suami sy suspek rheumatic fever..antara tandatanda yg dihadapi demam, sakit disemua sendi, pergerakannya terbatas, bengkak di kedua betis kakinya dan ad kesan-kesan lebam pada betisnya, jari-jari tgn membengkak..sukar untuk dibengkokkan..dan juga berak berdarah..adakah amira mempunyai tanda berak berdarah sebelum ini?..suami sy masih dlm pantauan doktor..harap puan dapat membalas pertanyaan sy, terima kasih.

airikamalek said...

Waalaikumsalam Puan Vee Qiss.
Terima kasih kerana berkongsi maklumat
Amira disahkan rheumatic fever empat tahun lalu, ketika umurnya 9 tahun...bermula dengan demam on-off akibat tonsil bengkak, sebelum itu dia demam HFMD buat kali kedua... tapi tak ada tanda2 berak berdarah atau bengkak2 seperti suami Puan. Sakit bermula dengan lenguh2, sakit sendi, pergerakan terbatas sehinggakan sentuhan pun boleh menyebabkan kesakitan. Sakit bermula pada sendi di buku lali dan kaki sehinggakan Amira tak boleh untuk berpijak atau berjalan pun.
Saya difahamkan rheumatic fever umumnya menyerang kanak-kanak berusia 5 hingga 15 tahun, terhasil kerana jangkitan selepas deman atau radang tekak yang mengakibatkan antibodi bersilang.
Alhamdulillah Amira mendapat rawatan awal dan tak merebak hingga ke organ dalaman atau sendi2 yang lain.
Menurut makluman doktor, rheumatic fever jika mendapat rawatan awal insya-Allah dapat dikawal namun Amira masih perlukan pemantauan rapi dari pakar perubatan dengan suntikan tetap diambil berterusan setiap 28 hari (pilihan lain makan ubat setiap hari tanpa gagal).
Saya harap suami Puan juga dapat kembali sembuh dan melakukan aktiviti harian seperti biasa.

untuk rujukan saya juga ada menulis berkaitan
http://airikamalek.blogspot.my/2014/02/amira-dan-acute-rheumatic-fever.html#more

Unknown said...

Salam puan..anak sye barusia 5 tahun baru mendapat reumatik fever ni..skg doc bg antibiotik..mcm amira sementara nk tgu jmpe doc semula..sllu x die mengadu sakit sendi lutot dan tempat² lain..perlu ke sye bawa ke kecemasan tiap kali sakit sendi..atau sekadar bg ubt demam yg diberi utk tahan sakitnye..buntu sbb firstime dgr n anak kena penyakit ni..terima kasih bnyak puan..

airikamalek said...

Wslm Puan,
Untuk Amira... sepanjang enam tahun sejak dia disahkan rheumatic tak pernah saya bawa ke hospital atau mana-mana klinik atas sbb sakit2 sendi... setakat ini tak pernah lagi berulang kesakitan yang dia dah lalu. Ubat tahan sakit pun saya tak pernah beri pada dia sbb sudahlah Amira penakut ubat... lagi pula dia tak ada kesakitan berulang... barangkali juga rasa tu berbeza-beza antara anak-anak.
Sebaiknya Puan juga refer pada Doc.

Unknown said...

Assalamualaikum puan..semasa anak puan sakit,ank puan sakit sendi,boleh jalan X.berapa tempoh masa utk dia boleh jalan mcm biasa..tqq

airikamalek said...

Wsalam
Ya... Amira mula sakit dengan sendi di bahagian kaki... mula-mula dia maklumkan sakit apabila nak bersimpuh waktu amali solat di sekolah... dalam usia kanak2 dia sgt matang & kental... dia kata masih boleh tahan dan bersekolah seperti biasa kerana barangkali penat sbb rutin harian yg pelbagai... sehinggalah kemudian dia langsung tak boleh jalan... jangankan nak berpijak, kaki yang sakit jika disentuh pun sakit sedangkan tak ada bengkak, luka, lebam atau jatuh...
Kami hilang punca juga... warded ... Doc pun buat mcm2 kajian, ambik darah, x-ray, tp bila dh tau punca, mula mkn ubat alhamdulillah dlm 2 hari blh jln spt biasa tp masih lemah...
Apa2 sakit jgn patah semangat utk usaha :-)

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers