Sunday 7 January 2018

Amira 13 Tahun, Sudah Remaja

Tarikh 7 Januari adalah tarikh lahir Amira. Genap usianya 13 tahun yang menandakan dia sudah memasuki alam remaja. Tingkahnya semakin matang, perwatakannya juga sudah jauh meninggalkan dunia keanak-anakan. Dia bukan lagi anak kecil yang pemalu atau bersifat pesimis sebaliknya Amira hari ini penuh dengan rasa kebertanggungjawaban, sebagai anak, sebagai kakak dan juga kepada rakan-rakannya. Tegas dan positif... tapi garang....



Kami meraikan hari kelahiran Amira dalam makan tengahari bersama-sama di luar. Kemesraan dalam suasana keharmonian sebuah keluarga adalah anugerah terindah dan inilah yang perlu terus dikekalkan untuk hubungan kekeluargaan, apatah lagi mendepani anak-anak yang semakin bijak melakukan penilaian, termasuklah Amira. 

Amira anak yang baik, tidak pernah mengecewakan baik dari segi perlakuan atau dalam pembelajaran sekalipun. Memang tidak ada yang sempurna malahan banyak lagi yang perlu diperhalusi bagi membina insan yang beradab, namun secara keseluruhannya Amira banyak membantu, memberikan kami selaku ibu bapa untuk sama-sama belajar bagi menjadi yang terbaik untuk anak-anak.   

Untuk Amira, mama dan abah sentiasa memberikan sokongan atas apa sahaja kebaikan yang kakak lakukan, hiasilah diri dengan adab sebagai muslimah sebenar serta menjadi ikutan untuk adik-adik bagi melakar kecemerlangan masa hadapan. Doa kami sekeluarga semua Allah sentiasa merahmati perjalanan hidupmu, dunia hingga akhirat - Amin. 







No comments:

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers